Tahun : Prasekolah 1
Masa : 30 minit
Tema : Alam Semulajadi
Bidang Pembelajaran : Buah-buahan
Objektif Pembelajaran :
Mengenali nama buah-buahan
Hasil Pembelajaran : Pada akhir P&P murid akan dapat
i)
Menyatakan warna buah-buahan.
ii)
Mengenali buah-buahan mempunyai dua warna.
Pendekatan Pengajaran Dan
Pembelajaran: Inkuiri Penemuan
Kaedah : Aktiviti Hands On,
Perbincangan
Fasa (masa)
|
Isi Kandungan
|
Aktiviti P&P
|
Catatan
|
Set Induksi (5 minit)
|
Mengenali nama buah-buahan
|
·
Guru memperkenalkan suatu
permainan kecil dengan menggunakan sebuah kotak.
·
Guru menunjukkan sebuah
kotak kepada murid.
·
Guru menerangkan cara
bermain dengan kotak tersebut.
·
Guru memainkan muzik dan
minta murid mengedarkan kotak tersebut kepada setiap murid.
·
Apabila muzik
diberhentikan murid harus berhenti edar kotak tersebut.
·
Murid memegang kotak
tersebut akan keluar ke hadapan kelas dan membuka kotak tersebut serta
menunjukkan buah yang ada dalam kotak itu kepada semua.
·
Murid akan menyatakan
nama buah tersebut.
·
Guru memulakan P&P
dengan jawapan murid.
|
Kemahiran Saintifik: komunikasi
Sikap Saintifik:
Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam
semulajadi
|
Penjelasan
(10 minit )
|
Buah-buahan mempunyai warna yang berbeza
|
·
Guru bertanya tentang
warna buah-buahan kepada murid.
·
Murid menyatakan warna
buah-buahan.
·
Guru menjelaskan
buah-buahan mempunyai warna yang berbeza iaitu sebelum masak dan selepas
masak.
·
Murid mengeja nama
buah-buahan dengan bantuan guru.
·
Murid mengeja nama
buah-buahan dengan kendiri.
|
Kemahiran saintifik : mengelas
|
Aktiviti Kumpulan
(5 minit)
|
Mencantum puzzle
|
·
Guru mengedarkan setiap
kumpulan bekas cebisan puzzle.
·
Murid mencantum gambar
buah-buahan dalam kumpulan masing-masing.
·
Murid melekat gambar
cebisan puzzle di atas kertas warna.
·
Murid menyatakan hasil
gambar yang dicantum oleh mereka.
|
Nilai murni:
Bekerjasama, berani mencuba
|
Aktiviti Lembaran Kerja
(15 minit)
|
Memadankan gambar dengan perkataan
|
·
Guru mengedarkan lembaran
kepada semua murid.
·
Guru meminta murid
memadankan gambar buah-buahan dengan perkataan yang betul.
·
Murid membuat aktiviti
ini dengan sendiri.
·
Guru member tunjuk ajar
kepada murid semasa mereka membuat aktiviti lembaran kerja.
|
Kemahiran saintifik: Rajin dan tabah dalam
menjalankan atau menceburi sesuatu perkara.
Nilai murni:
Berfikir secara rasional
|
Refleksi
(5 minit)
|
Kesimpulan
|
·
Murid mengimbas kembali
nama buah-buahan dan warna buah-buahan yang telah dipelajari.
·
Murid juga membuat
kesimpulan bahawa buah-buahan mempunyai dua warna.
|
KBKK: membuat kesimpulan, membandingkan dan
membezakan
|
sis saya mohon share rph ni ye :)
ReplyDeletehai sis
ReplyDeletefeel free to visit my blog
http://ticerpreskool.blogspot.my/
Hai cikgu...maaf tanya tunjang apakah yang digunakan bagi RPH diatas
ReplyDelete