Semoga murid capai destinasi diingini!!

Semoga murid capai destinasi diingini!!
Semoga murid capai ke destinasi diingini

Wednesday 7 December 2011

Contoh Rancangan pengajaran Harian Prasekolah


Tahun : Prasekolah 1
Masa   : 30 minit
Tema   : Alam Semulajadi
Bidang Pembelajaran : Buah-buahan
Objektif Pembelajaran : Mengenali nama buah-buahan
Hasil Pembelajaran     : Pada akhir P&P murid akan dapat
i)              Menyatakan warna buah-buahan.
ii)             Mengenali buah-buahan mempunyai dua warna.
Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran: Inkuiri Penemuan
Kaedah : Aktiviti Hands On, Perbincangan
Fasa (masa)
Isi Kandungan
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi (5 minit)
Mengenali nama buah-buahan
·         Guru memperkenalkan suatu permainan kecil dengan menggunakan sebuah kotak.
·         Guru menunjukkan sebuah kotak kepada murid.
·         Guru menerangkan cara bermain dengan kotak tersebut.
·         Guru memainkan muzik dan minta murid mengedarkan kotak tersebut kepada setiap murid.
·         Apabila muzik diberhentikan murid harus berhenti edar kotak tersebut.
·         Murid memegang kotak tersebut akan keluar ke hadapan kelas dan membuka kotak tersebut serta menunjukkan buah yang ada dalam kotak itu kepada semua.
·         Murid akan menyatakan nama buah tersebut.
·         Guru memulakan P&P dengan jawapan murid.

Kemahiran Saintifik: komunikasi


Sikap Saintifik:
Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam semulajadi




Penjelasan
(10 minit )
Buah-buahan mempunyai warna yang berbeza
·         Guru bertanya tentang warna buah-buahan kepada murid.
·         Murid menyatakan warna buah-buahan.
·         Guru menjelaskan buah-buahan mempunyai warna yang berbeza iaitu sebelum masak dan selepas masak.
·         Murid mengeja nama buah-buahan dengan bantuan guru.
·         Murid mengeja nama buah-buahan dengan kendiri.

Kemahiran saintifik : mengelas
Aktiviti Kumpulan
(5 minit)
Mencantum puzzle
·         Guru mengedarkan setiap kumpulan bekas cebisan puzzle.
·         Murid mencantum gambar buah-buahan dalam kumpulan masing-masing.
·         Murid melekat gambar cebisan puzzle di atas kertas warna.
·         Murid menyatakan hasil gambar yang dicantum oleh mereka.

Nilai murni:
Bekerjasama, berani mencuba

Aktiviti Lembaran Kerja
(15 minit)
Memadankan gambar dengan perkataan
·         Guru mengedarkan lembaran kepada semua murid.
·         Guru meminta murid memadankan gambar buah-buahan dengan perkataan yang betul.
·         Murid membuat aktiviti ini dengan sendiri.
·         Guru member tunjuk ajar kepada murid semasa mereka membuat aktiviti lembaran kerja.
Kemahiran saintifik: Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara.

Nilai murni:
Berfikir secara rasional
Refleksi
(5 minit)
Kesimpulan
·         Murid mengimbas kembali nama buah-buahan dan warna buah-buahan yang telah dipelajari.
·         Murid juga membuat kesimpulan bahawa buah-buahan mempunyai dua warna.
KBKK: membuat kesimpulan, membandingkan dan membezakan







3 comments:

  1. sis saya mohon share rph ni ye :)

    ReplyDelete
  2. hai sis
    feel free to visit my blog
    http://ticerpreskool.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Hai cikgu...maaf tanya tunjang apakah yang digunakan bagi RPH diatas

    ReplyDelete