Bintang yang cantik
Aktiviti yang dikongsi kali ni adalah aktiviti membuat kolaj
bintang. Kanak-kanak akan menampal cebisan kertas warna di atas lakaran bintang
yang besar manakala untuk bintang-bintang yang kecil kat tepi-tepi tu aku bagi
kebebasan sekiranya diorang hendak menggunakan pensel warna.
Selain daripada kemahiran motor halus, matlamat utama aktiviti ini adalah
melatih kanak-kanak mengeja ayat mudah iaitu “Bintang yang cantik” dan
seterusnya melatih mereka menulis dengan kemas di dalam garisan yang
disediakan.
No comments:
Post a Comment